Wednesday, 6 January 2016

A New Year

Wednesday 6th January 2016

A new year but still an old me. I still me nothing changed. Only new experienced added to the story of my life.  Just came back from abroad for 10 months course. The separation from the family has given not only me but my children, family but also my marriage a test. Thanks to Allah, who have been and always give me the faith on Him and to believe that everything will be fine at the end.

Today is the third day of school for the children. I tried to adjust my routine to prepare an early dinner so they can eat and rest early. Since I had not started my course yet, this made it easy. So the thing I do today.

Everyone have the new year resolution.  My last year resolution had been achieved. I did manage to saved 10k but what funny thing about this is I spend nearly 18k on vacation with my family. It is ok I can save again.Tthe most important is my family, especially the children; they enjoyed and had fun, and this is our first family vacation.

I will strat again saving money as my nest to do list is to bring my whole family including my mother and mother in law to umrah. I can do it before and I believe I can do it again this year and even more..

Next, I need to be more organised and discipline myself in managing time.Time for my study, children, family and myself. This is to make my life stable and help me to maintain my emotional state in positive, fit and maintain my life as it is now.
Alway to keep track of the time.


Friday, 6 December 2013

SETAHUN BERLALU - APA YANG AKU DAPAT?

Tidak terasa hampir setahun masihi sudah akan berlalu.. tahun baru hijrah telah pun bermula... apa yang telah ku capai selama setahun ini? terlalu banyak kekurangan lagi yang perlu ku baiki, banyak kesilapan yang perlu ku perbetulkan... tapi apa yang aku capai hanyalah sedikit baru... sekarang aku hanya mahu mengumpul kekuatan ku untuk bangkit semula, aku mahu menguatkan lagi keimanan ku, semangat ku untuk terus berjuang, semangat ku untuk tidak akan lemah dari orang orang yang memang hendak meruntuhkan diriku.. aku mahu kuat dalam hati melawan apa jua halangan yang melemmahkan semangatku, aku mahu pikiran ku sentiasa positif dan aku mahu meningkatkan keimanan ku.

Ya Allah tolong lah aku memperbetulkan diriku dalam kehidupan ku sehari hari, aku bukan mahu menjadi seorang yang sempurna yang takbur akan dirinya sempurna.. aku mahu menjadi seorang yang tahu akan diri ku sendiri, APA YANG SEPATUTKU LAKUKAN DI DUNIA INI, melaksanakan dan tunaikan janji hambamu ini sebelum Engkau jadikan aku ke dunia ini, apa yang aku perlu betulkan dan apa yang perlu ku buat untuk meningkatkan keimanan ku.. bukan hanya aku mahu jadi orang yang beriman tapi bukannya hanya sementara bertungkus lumus membuat ibadat tetapi seklip mata lalai.. Ya Allah kuat kan lah diriku untuk memperbetulkan akhlak ku, kuatkan lah diriku untuk memperkuatkan lagi keimananku terhadapmu ya Allah.. Ya Allah hapuskan lah sikap ku yang lalai akan kehidupan duunia fana ini, Ya Allah aku sedar aku bakal berhadapaan dengan seksaan api neraka.. aku tahu Ya Allah engkau lah satu satunya yang dapat menyelamatkan diriku... tolong lah aku yaAllah, tolonglah aku untuk menyelamatkan diriku dari kesengsaraan yang telah aku sendiri bina.. 

aku selalu berfikir dan selalu tahu memang kita di hidupkan di dunia ini untuk beribadat kepad Nya. Tetapi hati ini masih lalai dan keras.. kelalaian, malas, merasa senang, lapang semuanya memberiku untuk tidak takut kepada hukuman Mu, tetapi sudah ku sedar, di beri rasa malu, takut, sedih, marah, hampa, aku terus sujud kepada Mu, tetapi apabila semuanya telah hilang dari hati mu.. sekelip mata aku balik semula kepada kelalaian, malas untuk sujud dan beribadat kepada Nya dan ini terjadi berulang ulang kali. Mengapa aku tidak dapat mengekalkannya? Inilah satu satunya sifat ku yang aku sendiri mahu ubah pada tahun ini.. nampaknya.. aku mesti mencari kekuatan ku sendiri untuk menguatkan lagi ke imanan kan kesungguhanku kepada Nya dan kepada kehidupanku untuk Nya... 

Aku mampu...

aku dapat...

belum terlambat... 

selagi aku masih bernyawa aku tetap akan memperjuangkan kehidupanku kearah yang lebih baik...

aku akan berubah kearah yang lebih baik..
aku akan beringat hidupku hanya untuk Allah..
aku akan tunaikan amanah Allah untuk diriku sendiri 
aku akan laksanakan amanah untuk orang orang di kelilingku yang telah di amanahkan kepadaku
aku betulkan diriku
gembirakan dan bahgiakan diriku sendiri
aku mesti sentiasa ingat untuk sayang diriku sendiri..
sayang akan diri ku... itulah jawapannya.. 

baru ku terbayang... rupanya aku tiada perasaan terhadap diriku sendiri... bagiku penting untuk bahgiakan orang lain... hingga aku lupa yang aku wujud... 

untuk diriku, mulai sekarang...
  • jaga dan bersih hatiku... dengan dzikir..Allah...Allah
  • seri dan tenangkan hati ku.. senyum untuk diri sendiri... katakan padaku berbahgialah dan Allah sentiasa ada bersamaku,
  • tunaikan dan lakukan amanah yang di beri kepada diriku... ku jaga kebersihan diriku.. urus penampilanku, sentiasa beribadat untuk Allah, mesti sentiasa beribadat...
halang sedaya upaya... 
  • perkara yang melalaikan ku, 
  • tutup telinga dari mendengar kata kata yang melemahkan ku,
  • jauhi orang orang yang boleh menyesatkan aku... elakkan diri.. diamkan diri.. beristghfar aku mesti fikir adakah ini patut aku biarkan untuk terjadi untuk diriku yang akan menghadap dihadapan Mu Allah
kuatkan ku dari halangan ini Ya Allah... tolonglah aku Ya Allah... aku hanya perlu Allah untuk berbahgia...
Mulai sekarang dan hari hari yang akan menjelang.. ingat sayang diri ku sendiri kalau aku mahu bahgia.. dan Allah tetap bersama ku setiap masa..






 




Monday, 20 May 2013

SAKIT HATI

Hari hari hatiku di sakiti. Kalaulah aku di beri peluang hidup sekali lagi.. takan aku pilih jalan hidup ku ini.. ini lah yang ku rasa sekarang tapi aku hidup dalam dunia fana.. dan aku sedar untuk berulang kembali kehidupan ku yang dulu sebelum berubah takkan mungkin lagi dan mustahil.
Tapi aku juga sedar dengan hanya mengeluh tidak akan merubah apa-apa bagi ku. tapi aku cuba sedaya upaya, ku kuatkan hatiku untuk meneruskan hidupku walau macamana perit sekalipun. Selagi daya ku termampu.. selagi harapan untuk ku hidup bahagia masih di dalam hatiku. Aku hanya mampu berdoa dan mengharap kebahgiaan hatiku.
 Ada orang memandang kebahgiaan dengan melihat urang itu tersenyum, ada orang melihat kebahgiaan itu dengan banyaknya harta, ada orang melihat kebahgiaan itu dengan melihat betapa besarnya ahli keluarganya. Aku? aku melihat erti kebahgiaan apabila hatiku di sayangi oleh seseorang yang betul betul ikhlas kepada ku. yang dapat membuat ku ketawa dan tersenyum, yang dapat memberikan ku kata kata dan aku berkata kepadanya yang sedap dan manis didengar, yang hanya melihat ku dan dapat melihatku se adanya... Adakah seseorang yang sebegini di dunia..? Kadang kadang aku cemburu melihat pasangan yang berjalan berpegang tangan, yang bercakap melihat anak mata pasangan dengan kasih sayang, yang membuat pasangan tersebut ketawa dan tersenyum bersama.. yang dapat berbicara isi hati dengan pasangan.. sayu hati ini.. telah ku coba melakukannya tapi sia sia.. akhirnya aku yang SAKIT HATI dengan perasaan yang tidak di endahkan, dengan tiada pandangan kasih sayang yang di beri, tiada kata kata yang manis di beri.. apa yang ada hanya sambil lewa.. tanpa penghargaan.. tanpa kasih sayang... tanpa kata kata yang sedap di dengar oleh telinga...
Aku sebenarnya telah memberimu kasih sayang ku sepenuhnya kepadamu . Kutujukkan bagaimana kasihnya ku kepadamu, manja ku terhadapmu, pemedulianku kepadamu terhadapmu... semuanya kau ambil sambil lewa.. kau remeh temehkan aduan ku.. kau sakit kan hatiku dengan kata kata mu... kau buang pandanganmu dariku...
Ku kuatkan hati ku untuk pasrah akan jalan hidupku ini. Aku sedar kalau kau tidak dapat memberi kebahgiaan kepada ku... aku beralih kepada Allah yang satu.. hati ku lama sudah tertutup oleh mu.. untuk memyanyangi mu seperti dulu lagi. dan ku harapkan dan ku berdoa Allah dapat mengantikan kau dengan yang lebih baik lagi untuk ku. dan menggantikan aku dengan yang lebih baik lagi untuk mu ... jika itu lah jalan yang sebaik baiknya... daripada hidup sakit hati sesama sendiri.. membuang masa dan waktu yang berharga... yang mana aku patut berikan kepada yang benar benar menghargai diriku bukan nya yang selalu membuatku SAKIT HATI

Friday, 18 January 2013

SUNYI

Sekarang aku di bilik kuliah seorang diri menunggu waktu dzuhur, teman teman ku semua mengambil kelas kelas di fakulti lain. perasaan sunyi yang ada pada masa ini ku rasa gelisah.. selalunya kalau keseorangan aku akan berasa tenang mungkinkah gelisah ku ini di sebabkan tempat ini asing bagi ku? atau gelisah sebab waktu sembahyang semakin dekat dan aku berniat untuk ke surau berjemaah dan masa semakin hampir dan keadaan ku yang sedang hendak terkucil dan sedang kutahan. hehehe memang berbagai rasa perasaan ku rasa sekarang.. terasa degupan jantungku berdegup kencang... adakah aku khuatir tentang perjalanan yang bakal ku lalui petang ini. semuanya bermain di kepalaku dan ia menganggu ketengan hati ku. di sebabkan minda hati jadi gundah gulana... tapi mengapa di sebabkan ikut hati fikiran tidak dapat mengawal dalam sebahgian situasi?
aku selalu berasa sunyi lebih lebih lagi dalam memperkatakan apa yang hendak ku katakan. selalu ku sedar, apabila ku bercakap sebahagian orang yang hampir di kelilingku kurang mengambil perhatian tentang apa yang hendak ku sampaikan... entah adakah cara perwatakan penyampaian ku itu kurang berkesan... aku suka bercerita sebenarnya... sebab itulah aku memulakan menulis blog ini, salah satu sebabnya adalah di sebabkan tiada yang ingin mendengar apa yang hendak ku ceritakan... kadang kadang aku rasa ada kebaikannya sebab dari cara ini aku belajar mendekati Allah.. berbisik berkata kepada diriku sendiri dan yakin hanya Allah yang tahu isi hatiku dan selalunya ini akan menenangkanku dan aku tahu jawapan jawapan di sebalik sesuatu perkara itu dengan menganalisis suatu perkara... tetapi kadang kadang kesunyian menyiksakan lebih lebih lagi apabila orang yang di sayang kurang mengambil perhatian. sekarang aku sudah pandai membawa diriku.. tiada orang mahu mendengar ku bercerita tapi mereka mahu cerita mereka di dengar..betul sebenarnya.. tapi apabila mendengar cerita orang terlalu banyak fikiran kita akan jadi rosak. sebagai kesimpulan ada perkara yang ku dengar dan ku simpan terus kedalam lubukj fikiran ku dan sebahagian besar yang hanya cereta cerita yang tiada memberi makna buat ku. akan ku biar masuk ke telinga kiri keluar telinga kanan. tetapi kadang kadang manusia ini apabila ku buat begitu mereka akan terasa hati dan marah sambil menyuarakan bahawa aku kurang melayan mereka bercakap.dan kadang kadang seronok melihat seseorang itu bercakap... ku perhatikan mereka bercakap sehingga selesai tetapi tidak mengambil apa satu pun butiran percakapan yang selalunya bual kosong... jadinya walaupun aku kesunyian tiada teman bicara tetapi mata dan fikiran ku tidak sunyi....




Thursday, 17 January 2013

SAMBUTAN TAHUN BARU

Tahun baru hijrah telah berlalu di ikuti dengan datangnya tahun baru masihi.. jiwaku merasa kosong semasa datangnya tahun baru masihi sebab azamku tertanam pada tahun baru hijrah yang lepas... banyak perkara yang tidak kesampaian dan ada juga hasrat ku telah tertunai oleh Allah S.W.T. bersyukur ku ke hadratnya setelah enam tahun ku mencuba sekarang telah tertunai hasrat ku untuk menyambung belajar kembali... syukur padanya.
Berbalik kepada sambutan tahun baru.. rata rata teman dan sahabat handai menghantar di fb dan watapp untuk mengucapkan selamat tahun baru yang baru berlalu... aku merenung dan berkata di dalam hati mengapa mereka beriya iya menyambut tahun baru masihi... sedangkan itu bukan seharusnya di raikan dan di sambut bagi orang islam. memang kita menggunakan haribulan tahun baru masihi untuk kegunaan seharian tetapi jangan lah kita sampai taksub menyambut dan membesar2 pertukaran tahun tersebut. adakah kita sekarang sengaja membutakan mata atau menutup telinga... berapa banyak sudah kita dengar bahawa sambutan tahun baru masihi bukannya untuk kita orang islam sambut besar besaran...Jadinya apabila teks teks tersebut sampai di hp ku... ku lihat dan hatiku bergaru untuk mengatakan maaf aku tidak menyambut tahun baru. tapi aku tidak nekad sebab aku tidak kuat untuk menerima tidak balas dari teman teman yang hangat dan rancak menyambut baru mereka..

Thursday, 27 December 2012

PENGENALAN

hari ini baru tertunai niat di hati untuk menulis segala apa yang di hati dan minda ku. cita-cita untuk menjadi penulis tidak kesampaian akan tetapi ini tidak menghalang ku dari menulis di laman blog ini. kepada sesiapa yang memberi komen komen anda... saya terima dengan hari yang terbuka. segala apa yang ku catat di dalam blog ini hanya lah dari pandangan saya...paparan hati merupakan apa yang tersirat dan tersurat di dalam hatiku. Bukan untuk mengadu atau mengeluh atau menghina siapa siapa tapi cuma luahan dan paparan hatiku jadi jangan lah ambil hati kepada sesiapa yang terasa sebab semua orang di dalam dunia ini mempunyai hati dan minda yang mempunyai perasaan , pendapat masing-masing dan blog ini adalah paparan atau bicara hari dan minda saya......

SENYUM

Sebagai seorang manusia mustahil tidak pernah senyum seumur hidupnya. Perasaan yang peramah dan mudah senyum kadang kadang buleh menjadikan diri sendiri yang sakit hati. adakah sakit hati ini disebabkan senyuman yang tidak ikhlas yang diberikan. atau senyuman yang mengharapkan akan mendapat senyuman juga. Tapi rasa atau perasaan yang di alami amat berbeza jika senyuman tidak berbalas dari orang yang tidak di kenali dan dari orang yang rapat atau kita kenali.

cuba kenangkan..pernah kah terjadi apabila anda berjalan di jalanan dan hati anda saat itu ingin tersenyum kepada yang seseorang yang lalu. Atau tidak pernah? apa akan terjadi pada perasaan anda jika yang lalu tadi tidak membalas senyuman anda. Hati ini akan tidak peduli jika orang yang tidak di kenali tidak membalas senyuman tersebut, hati cuma akan berkata kata 'mungkin dia bermasaalah' mungkin dia bukan peramah orangnya' mungkin dia berfikir kenalan ku kah?' dan akan berlalu begitu saja.

Tetapi jika orang yang amat di kenali atau pasangan tidak membalas senyuman, hati akan berkata kata dan kadang kadang mengerakkan lidah meluahkan perasaan yang tersirat. Tapi hati ini cuba menenangkan perasaan untuk bersabar dengan dugaan yang diberi akan tetapi perasaan selalunya tidak faham. Perasaan akan minta penjelasan dan jika tiada penjelasaan maka hati akan merasa seperti digengam kuat oleh lima jari dan perasaan terhiris ngilu terasa. seribu satu persoalan akan terpampang di minda 'apakah kesalahan yang telah di lakukan?' 'berubah kah dia?' 'marahkah?' persoalan akan terjawap apabila yang dikenali atau amat rapat mengeluarkan nada tona suara. jika tona suara tinggi dan kasar bermakna anda yang bermasaalah atau memang dia yang mempunyai masaalah. jika tona suara bersahaja bererti senyuman anda tidak memberi apa apa kesan kepadanya.

Walaubagaimana pun tetap juga hati ini akan memaparkan senyuman melalui bibir... kerana semua terjadi pasti ada sebab dan jawapannya.. dan bawa bawa lah senyum selalu.