Sebagai seorang manusia mustahil tidak pernah senyum seumur hidupnya. Perasaan yang peramah dan mudah senyum kadang kadang buleh menjadikan diri sendiri yang sakit hati. adakah sakit hati ini disebabkan senyuman yang tidak ikhlas yang diberikan. atau senyuman yang mengharapkan akan mendapat senyuman juga. Tapi rasa atau perasaan yang di alami amat berbeza jika senyuman tidak berbalas dari orang yang tidak di kenali dan dari orang yang rapat atau kita kenali.
cuba kenangkan..pernah kah terjadi apabila anda berjalan di jalanan dan hati anda saat itu ingin tersenyum kepada yang seseorang yang lalu. Atau tidak pernah? apa akan terjadi pada perasaan anda jika yang lalu tadi tidak membalas senyuman anda. Hati ini akan tidak peduli jika orang yang tidak di kenali tidak membalas senyuman tersebut, hati cuma akan berkata kata 'mungkin dia bermasaalah' mungkin dia bukan peramah orangnya' mungkin dia berfikir kenalan ku kah?' dan akan berlalu begitu saja.
Tetapi jika orang yang amat di kenali atau pasangan tidak membalas senyuman, hati akan berkata kata dan kadang kadang mengerakkan lidah meluahkan perasaan yang tersirat. Tapi hati ini cuba menenangkan perasaan untuk bersabar dengan dugaan yang diberi akan tetapi perasaan selalunya tidak faham. Perasaan akan minta penjelasan dan jika tiada penjelasaan maka hati akan merasa seperti digengam kuat oleh lima jari dan perasaan terhiris ngilu terasa. seribu satu persoalan akan terpampang di minda 'apakah kesalahan yang telah di lakukan?' 'berubah kah dia?' 'marahkah?' persoalan akan terjawap apabila yang dikenali atau amat rapat mengeluarkan nada tona suara. jika tona suara tinggi dan kasar bermakna anda yang bermasaalah atau memang dia yang mempunyai masaalah. jika tona suara bersahaja bererti senyuman anda tidak memberi apa apa kesan kepadanya.
Walaubagaimana pun tetap juga hati ini akan memaparkan senyuman melalui bibir... kerana semua terjadi pasti ada sebab dan jawapannya.. dan bawa bawa lah senyum selalu.
No comments:
Post a Comment