Friday, 18 January 2013

SUNYI

Sekarang aku di bilik kuliah seorang diri menunggu waktu dzuhur, teman teman ku semua mengambil kelas kelas di fakulti lain. perasaan sunyi yang ada pada masa ini ku rasa gelisah.. selalunya kalau keseorangan aku akan berasa tenang mungkinkah gelisah ku ini di sebabkan tempat ini asing bagi ku? atau gelisah sebab waktu sembahyang semakin dekat dan aku berniat untuk ke surau berjemaah dan masa semakin hampir dan keadaan ku yang sedang hendak terkucil dan sedang kutahan. hehehe memang berbagai rasa perasaan ku rasa sekarang.. terasa degupan jantungku berdegup kencang... adakah aku khuatir tentang perjalanan yang bakal ku lalui petang ini. semuanya bermain di kepalaku dan ia menganggu ketengan hati ku. di sebabkan minda hati jadi gundah gulana... tapi mengapa di sebabkan ikut hati fikiran tidak dapat mengawal dalam sebahgian situasi?
aku selalu berasa sunyi lebih lebih lagi dalam memperkatakan apa yang hendak ku katakan. selalu ku sedar, apabila ku bercakap sebahagian orang yang hampir di kelilingku kurang mengambil perhatian tentang apa yang hendak ku sampaikan... entah adakah cara perwatakan penyampaian ku itu kurang berkesan... aku suka bercerita sebenarnya... sebab itulah aku memulakan menulis blog ini, salah satu sebabnya adalah di sebabkan tiada yang ingin mendengar apa yang hendak ku ceritakan... kadang kadang aku rasa ada kebaikannya sebab dari cara ini aku belajar mendekati Allah.. berbisik berkata kepada diriku sendiri dan yakin hanya Allah yang tahu isi hatiku dan selalunya ini akan menenangkanku dan aku tahu jawapan jawapan di sebalik sesuatu perkara itu dengan menganalisis suatu perkara... tetapi kadang kadang kesunyian menyiksakan lebih lebih lagi apabila orang yang di sayang kurang mengambil perhatian. sekarang aku sudah pandai membawa diriku.. tiada orang mahu mendengar ku bercerita tapi mereka mahu cerita mereka di dengar..betul sebenarnya.. tapi apabila mendengar cerita orang terlalu banyak fikiran kita akan jadi rosak. sebagai kesimpulan ada perkara yang ku dengar dan ku simpan terus kedalam lubukj fikiran ku dan sebahagian besar yang hanya cereta cerita yang tiada memberi makna buat ku. akan ku biar masuk ke telinga kiri keluar telinga kanan. tetapi kadang kadang manusia ini apabila ku buat begitu mereka akan terasa hati dan marah sambil menyuarakan bahawa aku kurang melayan mereka bercakap.dan kadang kadang seronok melihat seseorang itu bercakap... ku perhatikan mereka bercakap sehingga selesai tetapi tidak mengambil apa satu pun butiran percakapan yang selalunya bual kosong... jadinya walaupun aku kesunyian tiada teman bicara tetapi mata dan fikiran ku tidak sunyi....




No comments:

Post a Comment