Friday, 6 December 2013

SETAHUN BERLALU - APA YANG AKU DAPAT?

Tidak terasa hampir setahun masihi sudah akan berlalu.. tahun baru hijrah telah pun bermula... apa yang telah ku capai selama setahun ini? terlalu banyak kekurangan lagi yang perlu ku baiki, banyak kesilapan yang perlu ku perbetulkan... tapi apa yang aku capai hanyalah sedikit baru... sekarang aku hanya mahu mengumpul kekuatan ku untuk bangkit semula, aku mahu menguatkan lagi keimanan ku, semangat ku untuk terus berjuang, semangat ku untuk tidak akan lemah dari orang orang yang memang hendak meruntuhkan diriku.. aku mahu kuat dalam hati melawan apa jua halangan yang melemmahkan semangatku, aku mahu pikiran ku sentiasa positif dan aku mahu meningkatkan keimanan ku.

Ya Allah tolong lah aku memperbetulkan diriku dalam kehidupan ku sehari hari, aku bukan mahu menjadi seorang yang sempurna yang takbur akan dirinya sempurna.. aku mahu menjadi seorang yang tahu akan diri ku sendiri, APA YANG SEPATUTKU LAKUKAN DI DUNIA INI, melaksanakan dan tunaikan janji hambamu ini sebelum Engkau jadikan aku ke dunia ini, apa yang aku perlu betulkan dan apa yang perlu ku buat untuk meningkatkan keimanan ku.. bukan hanya aku mahu jadi orang yang beriman tapi bukannya hanya sementara bertungkus lumus membuat ibadat tetapi seklip mata lalai.. Ya Allah kuat kan lah diriku untuk memperbetulkan akhlak ku, kuatkan lah diriku untuk memperkuatkan lagi keimananku terhadapmu ya Allah.. Ya Allah hapuskan lah sikap ku yang lalai akan kehidupan duunia fana ini, Ya Allah aku sedar aku bakal berhadapaan dengan seksaan api neraka.. aku tahu Ya Allah engkau lah satu satunya yang dapat menyelamatkan diriku... tolong lah aku yaAllah, tolonglah aku untuk menyelamatkan diriku dari kesengsaraan yang telah aku sendiri bina.. 

aku selalu berfikir dan selalu tahu memang kita di hidupkan di dunia ini untuk beribadat kepad Nya. Tetapi hati ini masih lalai dan keras.. kelalaian, malas, merasa senang, lapang semuanya memberiku untuk tidak takut kepada hukuman Mu, tetapi sudah ku sedar, di beri rasa malu, takut, sedih, marah, hampa, aku terus sujud kepada Mu, tetapi apabila semuanya telah hilang dari hati mu.. sekelip mata aku balik semula kepada kelalaian, malas untuk sujud dan beribadat kepada Nya dan ini terjadi berulang ulang kali. Mengapa aku tidak dapat mengekalkannya? Inilah satu satunya sifat ku yang aku sendiri mahu ubah pada tahun ini.. nampaknya.. aku mesti mencari kekuatan ku sendiri untuk menguatkan lagi ke imanan kan kesungguhanku kepada Nya dan kepada kehidupanku untuk Nya... 

Aku mampu...

aku dapat...

belum terlambat... 

selagi aku masih bernyawa aku tetap akan memperjuangkan kehidupanku kearah yang lebih baik...

aku akan berubah kearah yang lebih baik..
aku akan beringat hidupku hanya untuk Allah..
aku akan tunaikan amanah Allah untuk diriku sendiri 
aku akan laksanakan amanah untuk orang orang di kelilingku yang telah di amanahkan kepadaku
aku betulkan diriku
gembirakan dan bahgiakan diriku sendiri
aku mesti sentiasa ingat untuk sayang diriku sendiri..
sayang akan diri ku... itulah jawapannya.. 

baru ku terbayang... rupanya aku tiada perasaan terhadap diriku sendiri... bagiku penting untuk bahgiakan orang lain... hingga aku lupa yang aku wujud... 

untuk diriku, mulai sekarang...
  • jaga dan bersih hatiku... dengan dzikir..Allah...Allah
  • seri dan tenangkan hati ku.. senyum untuk diri sendiri... katakan padaku berbahgialah dan Allah sentiasa ada bersamaku,
  • tunaikan dan lakukan amanah yang di beri kepada diriku... ku jaga kebersihan diriku.. urus penampilanku, sentiasa beribadat untuk Allah, mesti sentiasa beribadat...
halang sedaya upaya... 
  • perkara yang melalaikan ku, 
  • tutup telinga dari mendengar kata kata yang melemahkan ku,
  • jauhi orang orang yang boleh menyesatkan aku... elakkan diri.. diamkan diri.. beristghfar aku mesti fikir adakah ini patut aku biarkan untuk terjadi untuk diriku yang akan menghadap dihadapan Mu Allah
kuatkan ku dari halangan ini Ya Allah... tolonglah aku Ya Allah... aku hanya perlu Allah untuk berbahgia...
Mulai sekarang dan hari hari yang akan menjelang.. ingat sayang diri ku sendiri kalau aku mahu bahgia.. dan Allah tetap bersama ku setiap masa..






 




No comments:

Post a Comment